Wednesday, October 2, 2013

Gambar Satelit Pulau Gempa Bumi Pakistan

Sebuah pulau telah muncul berdekatan Bandar Gwadar Pakistan selepas gempa pada Sept 24 yang membunuh lebih daripada 500 orang.

Geologist menamakan pulau berkenaan sebagai Zalzala Koh, mungkin terjadi hasil dari lumpur yang keluar dari dalam laut.Kemungkinan juga hasil dari gas yang terperangkap di dalam bumi tersembur keluar.

Pulau yang hampir sama telah terbentuk pada tahun 2001 dan 1945 selepas gempa bumi yang kuat melanda Pakistan pada tahun tersebut.Tapi selepas itu pulau berkenaan hilang kerana lumpur yang lembut dan tak tahan lama.




1 comment: