Thursday, November 21, 2013

Jom Layan - Kertas Tisu Bentuk Binatang Yang Menarik dan Cantik


Sekali tengok macam tak percaya pulak animasi ini dibuat daripada tisu. Mata anda tidak salah memang benda itu adalah tisu. Individu kreatif yang mencipta animasi hebat ini adalah Fuyu Arai, dia buat untuk Nepia, sebuah syarikat tisu di Jepun. 

Dalam iklan ini tisu bertukar menjadi macam-macam binatang seperti burung, anjing, kangaroo, katak dll. Animasi yang dihasilkan begitu cantik dan lancar membuatkan anda rasa seperti semua binatang tersebut hidup. Jom kita layan dulu animasi stop motion ini. njoy~





Kawasaki Bina Motorsikal Pelik


Ini bukan motorsikal dari filem Tron atau anime Akira ok. Motorsikal ini direka oleh Kawasaki dengan nama J Three Wheeler Ev yang dipertontonkan di Tokyo Motor Show 2013- rekabentuk yang pelik macam dari masa depan. Ada macam-macam cara untuk tunggang motor pelik ini.Kalau macam ini namanya Sport Mode:


Kalau rasa macam tak best bawak macam tu boleh tukar mode lain pulak. Ini Comfort Mode:



Kalau dah ada sekarang mesti gempak. Kenapa nak tunggu masa depan baru nak jual benda hebat dan gempak macam ini.Apa pun layan dulu.




Wednesday, November 20, 2013

Jepun Buka Loji Solar Terbesar Selepas 2 Tahun Krisis Nuklear

Syarikat elektronik jepun,Kyocera melancarkan loji solar terbesar di negara itu. Loji berkenaan dapat membekalkan elektrik kepada 22,000 rumah dan paling penting tidak ada lagi loji nuklear yang bocor, pekerja yang maut dan kebocoran nuklear ke laut.


Loji yang diberi nama Kagoshima Nanatsujima Mega Solar Power terletak di hujung selatan Jepun, di kawasan di mana selamat dari tsunami atau ribut. Walaupun berdekatan dengan Sakurajima, gunung berapi aktif. Apa pun yang melanda Jepun selepas ini, Nanatsujima tidak akan mendatangkan bencana. Malaysia pun kena pikir dah alternatif power macam ni.



Wednesday, November 13, 2013

Jom Layan - Domino Jatuh-Jatuh

Dulu waktu aku budak mesti layan benda domino ni. Sekarang jom kita layan pakar pulak main benda ini dengan helah-helah yang sempoi.

Dua pakar dari youtube ini menggunakan bahan seperti daun tarup, klip baju dan macam-macam lagi. Apa pon layan sampai habis sebab bagi saya amat susah nak buat benda ini.

Saturday, November 9, 2013

Pasangan Pengantin Pecah Rekod Dunia Dengan 126 Pengapit

Sapa yang pernah berkahwin dan buat majlis bersanding?..Di Malaysia majlis paling mahal pon ada dua orang pengapit saja.Sepasang pengantin di Sri Lanka melangsungkan perkahwinan dengan pengapit seramai 126 orang,satu rekod baru dunia.

Pasangan Nisansala dan Nalin mencatatkan rekod berkenaan pada majlis kahwin mereka dimana rekod sebelum ini seramai 96 orang saja.

Rekod ini adalah impian seorang pereka pengantin dari Sri Lanka iaitu Champi Siriwardana.Kos untuk mencapai rekod berkenaan agak mahal tapi beliau berpuas hati dapat memecah rekod berkenaan.

 Couple have record-breaking 126 bridesmaids



Sri Lanka, bridesmaids



Sri Lanka, bridesmaids