Wednesday, February 25, 2015

5 Teori Femes Kehilangan Pesawat MH370





Pakar penerbangan percaya apa yang berlaku kepada pesawat MH370 milik MAS tidak dapat dipastikan apa yang terjadi kepada pesawat tersebut.Banyak teori yang dikeluarkan oleh individu tertentu di seluruh dunia mengenainya.

Pesawat MH370 hilang dari radar,pada bulan september tahun lepas. Pakar penerbangan dari seluruh dunia masih buntu apa yang terjadi kepada pesawat berkenaan.

Kerajaan Malaysia mengisytiharkan pesawat MH370 telah terhempas di lautan akibat kemalangan.Terdapat lebih daripada 94,000 video berkenaan pesawat tersebut di Youtube, semua telah ditonton beribu kali.

Ini adalah beberapa teori agak terkenal dan dibincangkan oleh ramai orang seluruh dunia.

1.SHOT DOWN (Ditembak Jatuh)

Menurut teori ini,MH370 telah ditembak jatuh ketika latihan peperangan bersama diantara United States dan Thailand di Laut China Selatan.

Teori ini telah dikeluarkan di dalam buku yang bertajuk Flight MH370: The Mystery oleh Nigel Cowthorne, penulis yang berasal dari United Kingdom.Penulis menyatakan bahawa kehilangan MH370 sebagai "the greatest mystery since the Mary Celeste".Salah satu teori beliau adalah MH370 telah ditembah jatuh secara tidak sengaja oleh tentera.

Kenalan dan saudara mangasa MH370 telah mengkritik buku tersebut sebagai tidak matang dan tidak sensitif mengenai isu terbabit.

2.TERRORIST HIJACKING (Rampasan Pengganas)

Teori ini cuba mengaitkan apa yang berlaku di New York di mana pada tarikh 9/11 pengganas telah merampas pesawat komersil dan telah menghentam pesawat berkenaan pada sebuah bangunan di New York

Teori ini berpendapat pesawat MH370 tidak terhempas seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan tetapi pesawat tersebut telah dirampas untuk digunakan oleh pengganas untuk digunakan seperti yang berlaku pada World Trade Center dan Pentagon pada tarikh ulang tahun kejadian tersebut pada 9/11/14.

Individu yang menyokong teori ini ialah Christopher Green dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka "Alternative Media Television (AMTV)"

Di dalam satu video yang ditonton lebih dari 320,000 di youtube, beliau berpendapat pengganas telah merampas pesawat tersebut dan dipasang bom nuklear untuk menghancurkan seluruh bandar di Amerika.

3.MH17 PLANE SWITCH (Tukar Pesawat)

Teori ini disokong oleh seorang journalist bernama Jim Stone.Beliau menyatakan bahawa pesawat yang ditembak jatuh di Ukraine pada Julai tahun lepas adalah MH370 bukan MH17.Walaubagaimanapun beliau memberi bukti kenapa pesawat terbabit ditukar dan untuk tujuaan apa ia ditukar.

Lebih memeningkan kepala beliau berpendapat pesawat yang terhempas terbabit adalah sebahagian dari rancangan Mossad untuk menyembunyikan niat jahat yang berlaku di Gaza.

4.ISLAND LANDING (Mendarat Di Pulau)

Teori yang agak panas berkaitan dengan MH370 ialah pesawat terbabit telah mendarat di pulau Diego Garcia kepunyaan British di Lautan Hindi, di mana terletaknya pengkalan tentera US.Teori ini telah disangkal oleh pihak kedutaan US di Malaysia.

He Xin, penulis blog dari China berpendapat misteri MH370 adalah kesan daripada operasi oleh CIA untuk mengawal "seseorang" atau sesuatu spesel di atas pesawat terbabit.Beliau mengatakan bahawa pesawat terbabit telah dipaksa mendarat di pulau berkenaan kemudian pesawat tersebut dileraikan,dibakar dan dibuang di dalam laut.

5.THE UNKNOWN WEAPON (Senjata Rahsia)

Mike Adam,seorang veteran teori konspirasi yang mengendalikan website Natural News, terkenal dengan teori yang pelik.

Teori beliau mengenai MH370 adalah pesawat tersebut telah hilang tanpa dapat dikesan, bukan dirampas oleh pengganas atau benda lain.Beliau berpendapat ada satu "kuasa baru" yang telah dan mampu menarik pesawat terbabit dari awan tanpa meninggalkan kesan.

Beliau juga menulis jika kuasa seperti tersebut wujud di dunia ini, sesiapa saja yang dapat mengawalnya akan mengawal seluruh semua negara di dunia ini.

Kesemua ini hanya teori oleh sesetengah orang yang mengikuti kisah sedih kehilangan pesawat MH370 milik MAS.Kita sebagai manusia kerdil di muka bumi ini hanya mampu membuat teori, kebenaran hanya Allah SWT yang ketahui.Semoga Allah membuka "hijab" yang menutup pesawat ini.Waallahu'lam



















Wednesday, February 11, 2015

Benda Pelik Dalam Bola Bowling


Saya rasa pemain bowling professional atau semi professionall mesti tahu dalam bola bowling ada benda pelik macam teras nak bagi permainan bowling nampak gempak. Saya tak paham sangat sains kat sini tapi anda semua boleh dengar penjelasan oleh pembuat bola bowling bernama Storm. Jom main bowling.