Tuesday, October 29, 2013

Top 10 Struktur Hebat Dari Lego

Kita mesti pernah main set lego untuk bina sesuatu hebat nak tunjuk dengan kawan kita kan.Di sini ada beberapa contoh binaan yang hebat daripada set lego.

1.Lego Chandelier


Seorang lelaki mempunyai impian ingin membina chandelier yang besar tanpa mengeluarkan duit yang banyak.Dengan set lego lutsinar yang banyak dia berjaya membina chandelier yang cukup besar.Chandelier tersebut menggunakan beribu lego.

2. Lego Tower Of Mordor


Seorang lelaki bernama Kevin Walter peminat Lord Of The Rings.Dia telah membina replika Tower of Mordor,pejabat Sauron dalam Lord Of The Rings.Lebih daripada 50 ribu kepingan lego diperlukan dan lebih 3 bulan untuk disiapkan.

3. Lego Saturn V Rocket


Memerlukan lebih dari 120k lego berasingan untuk membentuk roket tersebut dan lebih 250 jam untuk disiapkan.

4. Lego Model F1


Enam belas orang pakar lego diperlukan untuk mereka dan menyambungkan lego ini.Design saja memerlukan 6 bulan,memasang pulak memerlukan 10 hari kerja tanpa henti.Replika ini terlalu terperinci sehingga stempat duduk lego berkenaan muat orang sebenar dan stering juga tepat.

5. Lego Nintendo DSi


Nintendo besar ini menggunakan lebih 50k lego dan berat 255 pound.

6. Lego Jesus


Gereja di Sweden memerlukan 40 orang untuk menciptanya,30 ribu lego didermakan oleh warga gereja.Dan memerlukan 6 bulan untuk disiapkan.

7. Lego Firaun


Dicipta untuk mempromosi satu bahagian baru Legoland yang diberi nama Kingdom of the Pharaoh.Replika setinggi 16 kakidan seberat 1 tan tersebut mengambil masa hampir setahun dan beratus ribu lego diperlukan untuk siap.

8. Lego Rumah


Seorang pereka bersama dengan seribu sukarelawan menolong menyiapkan lego raksasa ini.Sedihnya tiada sesiapa pon yang berminat dengan rumah yang dibina dari 3 juta lego ini.Pada mulanya Legoland ingin mengambil rumah tersebut tetapi disebabkan kos yang terlalu tinggi hajat tersebut dibatalkan.Lego berkenaan dileraikan kemudiannya didermakan.

9. Lego Aicraft Carrier


Seorang perunding IT mengambil keputusan membawa kegilaan hobinya bermain lego ke tahap yang baru,tahap baru di mana beliau telah membina struktur lego yang cukup besar.Beliau telah membina replika pengankut kapal USS Intrepid sepanjang 23 kaki.Seberat 350 pounds dan lebuh dari 300k kepingan lego diperlukan.

10. Lego A380 Airbus


Replika ini dikatakan replika kapal terbang terbesar penah diciptakan.Lego ini diciptakan berdasarkan model kapal terbang Airbus A380,iaitu kapal terbang terbesar buat masa sekarang.Replika tersebut 7 kaki panjang dan 6 kaki lebar.Replika yang boleh terpelah kepada 2 bahagian ini mempunyai bentuk dalaman kapal terbang yang cukup terperinci,dari tangki sampai la kesemua bahagian kapal terbang.Ia memerlukan 75k kepingan lego untuk disiapkan.




Thursday, October 17, 2013

18 Kaki Oarfish Dijumpai Di Selatan Pantai California

Seorang saintis menyelam di sekitar pantai California Selatan ahad lalu terkejut dengan penemuan seekor ikan oarfish atau ikan dayung, seekor ikan laut dalam yang kurang diketahui oleh saintis atau orang biasa.

Jasmin Santana menyelam sedalam 15 meter apabila dia menjumpai ikan tersebut.ikan yang berwarna perak dan mata sebesar separuh dollar tu sedang merenung beliau dari dasar laut.Beliau telah menaik ekor ikan tersebut ke darat apabila mengetahui ikan tersebut telah mati.

14 orang diperlukan untuk membantu beliau mengangkat ikan tersebut ke darat.Ikan yang jarang dijumpai itu kemungkinan besar mati sendiri di situ.Satu penemuan yang menarik.Kalau aku jumpa benda ini kat laut konfirm fobia tak berani main kat laut dah.Takot ooohh....




Tuesday, October 8, 2013

Bahana Asian Giant Hornet ( Tebuan Gergasi )

Empat puluh satu orang mati dan 1600 lagi cedera diserang tebuan di China.Tebuan yang dikenali sebagai Asian Giant Hornet mempunyai 6 millimeter penyengat yang boleh suntik mangsa dengan racun neurotoxin.

Racun berkenaan dapat mencairkan tisu manusia.Seram tengok lengan makcik yang kena sengat dengan tebuan ni.Kalau kat Malaysia tentu dah masuk Metro muka depan. Nasib baik benda ni kat China.




Thursday, October 3, 2013

iPhone : Ujian Kelajuan Semua Model (Speed Tested)

Semua orang tau iPhone memang laju tapi penah tak tengok kesemua 8 iPhone ditest sekali gus.

Video dari youtube ini menunjukkan seorang laki dari EverythingApplePro meletak semua iPhone untuk tunjuk bagaimana kelajuan kesemuanya.Kesemua model ditest perkara biasa seperti membuka handphone ke loading website.

Jom layan best jugak tengok...hehe.


Wednesday, October 2, 2013

Gambar Satelit Pulau Gempa Bumi Pakistan

Sebuah pulau telah muncul berdekatan Bandar Gwadar Pakistan selepas gempa pada Sept 24 yang membunuh lebih daripada 500 orang.

Geologist menamakan pulau berkenaan sebagai Zalzala Koh, mungkin terjadi hasil dari lumpur yang keluar dari dalam laut.Kemungkinan juga hasil dari gas yang terperangkap di dalam bumi tersembur keluar.

Pulau yang hampir sama telah terbentuk pada tahun 2001 dan 1945 selepas gempa bumi yang kuat melanda Pakistan pada tahun tersebut.Tapi selepas itu pulau berkenaan hilang kerana lumpur yang lembut dan tak tahan lama.