Saturday, December 13, 2014

Berjalan Di Atas Tasik Beku Bagaikan Berjalan Di Atas Angin



Inilah yang dikatakan ciptaan Allah Yang Maha Agung. Dua orang pendaki sedang mendaki di High Tatras
Mountain Slovakia, terjumpa sebuah tasik yang beku. Air tasik tersebut tersangat jernih sehingga nampak dasar. Di atas permukaan tasik terbabit terdapat ais beku yang jernih sehingga nampak dasar tasik berkenaan. Cuba perhatikan mereka seperti berjalan dia atas angin. Jom pi Slovakia. 


Saturday, September 27, 2014

Penunggang Basikal Terselamat Dari Kemalangan Yang Dahsyat

Seorang penunggang basikal hampir terlibat di dalam satu kemalangan di Rusia. Cuba perhatikan kalau la penunggang basikal tersebut mempercepatkan kayuhan basikal mungkin dia dah kena langgar dengan lori terbabit. Bernasib baik betul mamat ni.




Saturday, August 16, 2014

Gelanggang Bola Keranjang Touch Sensitive LCD Pertama Di Dunia

Nike telah mencipta gelanggang bola keranjang "touch sensitive LCD" untuk latihan bersama Kobe Bryant. Gelanggang tersebut dibina motion sensor yang dapat rekod setiap gerakan pemain.ia jugak dapat paparkan latihan yang telah disetkan dan paparkan statistik latihan tersebut.




Gelanggang tersebut yang terletak di China diberi nama House Of Mamba, dibina khas untuk Nike Rise, sebuah pertandingan mencari pemain berbakat remaja China.



Saturday, July 5, 2014

Demonstrasi Kereta Pandu Sendiri Paling Gempak


Kalau sebelum ini Volvo bersama Van Damme di mana iklan tersebut Van Damme melakukan aksi split atau kangkang di antara dua lori besar untuk jual lori besar mereka. Tapi kali ini  Hyundai menerbitkan iklan di mana kereta tanpa pemandu bergerak sendiri dan pelakon lagak ngeri melompat dari kereta tersebut. Gempak jugak tengok kereta bergerak dan berhenti tanpa pemandu. Beli la satu kalau mampu pastu test sendiri ok.


Tuesday, July 1, 2014

Kalau Geli Atau Takut Jangan Tengok


Pernah tak mimpi bilik penuh dengan beribu ular. Sekarng kita akan melawat lubuk ular di Narcisse Snake Den terletak di Manitoba, Canada. Setiap tahun beribu ular datang ke sini untuk mengawan. Sekali tengok macam lautan ular. Jenis yang berani tahap gaban bole la melawat tempat ni. Kalau jenis jantung tak berapa nak sihat tu dinasihatkan tak payah la membazir duit pergi tengok.


Saturday, June 21, 2014

Penerjun Berjaya Selamatkan Diri Seminit Sebelum Terhempas


Penerjun berusia 27 tahun bergelut dengan payung terjunnya yang tiba-tiba ada masalah pada ketinggian 14,000 kaki di Sydney, Australia. Dia berjaya memotong tali payung tersebut seminit sebelum membuka payung terjun kecemasan. Memang ngeri..


Saturday, May 31, 2014

Budak Tertido Atas Kereta Mainan



Budak kalau dah letih sangat main macam ni la jadinya, sampai bole tertido atas mainan. Budak comel ni tertido atas kereta mainan dia sambil kereta tu berpusing-pusing dalam bentuk bulatan. Lawa traktor kau dik. Layan....






Tuesday, May 20, 2014

Transformer Kostum Bertukar Menjadi Kereta Mini Sebenar


Aku rasa kalau bebudak kecik tengok mamat ni mesti ingat Transformer betul. Aku sendiri pun terbeliak bijik mata tengok kostum dia. Kretip gila mamat ni kan.

Video ini dirakam di Michigan. Layan dulu ok...


Thursday, January 23, 2014

Rekod Pertama Dunia Front Flip Forward Bike Flip

Manusia dengan basikal tak dapat dipisahkan, manusia boleh mencipta macam-macam trick dengan basikal kesayangan mereka. Trick ini boleh dikatakan paling hebat setakat ini sebab berjaya buat mata aku berpusing-pusing macam gasing. Macam mana rider tu boleh mendarat dengan selamat selepas berjaya buat front flip dan forward bike flip dalam satu pusingan? Hebat.


Ryan William, lebih dikenali pakar buat trick dengan scooter, berjaya melakukan rekod pertama dunia front flip, forward bike flip setinggi 50 kaki. Sekali tengok macam tak percaya pulak.

Jom layan video rider yang hebat ni buat.



Carta Visual Negara Paling Banyak Minum Teh

Semua orang suka minum teh kan,tapi tahukah anda negara mana yang mengambil teh paling banyak di dunia?




Minggu lepas Quartz menyiarkan satu peta visual negara yang banyak meminum teh di dunia. Kebanyakkan mengatakan UK paling ramai minum teh tapi salah. Negara paling banyak mengambil teh adalah Turki, lepas tu Ireland lepas tu baru UK. Layan carta kat bawah kalau tak paham, Malaysia pon ada.


Tuesday, January 7, 2014

Pickup Trak Dari Ketulan Ais

Pernah tengok tak trak yang dibuat daripada ais? Ini adalah trak pertama dari ais yang bergerak. Trak ini dibuat daripada 11,000 pounds ais diletakkan di atas rangka trak, siap dengan enjin dan elektrik sistem.




Trak ini bergerak 1.6km dengan kelajuan 20km/h pada 12 Disember 2013.Jom layan macam mana benda ni dibina dan macam mana benda ni cair. Kagum jugak aku tengok diorang ni buat..

Penunggang Gila Terselamat Ketika Cuba Redah Banjir Dengan Motorsikal

Kita boleh katakan dia ni seorang yang tak waras atau bodoh tapi Michael Henao seorang yang  bernasib baik.Dia cuba meredah banjir dengan motorsikal tapi nasib menyebelahi beliau dan selamat.Gila punya orang.


Kalau ada orang berani lepas tu rasa motor dia hebat sangat boleh la cuba redah banjir kat Malaysia ni.Nak Jugak tengok orang Malaysia gila tahap gaban buat macam ni.

Friday, January 3, 2014

Robot Labah-Labah Dengan Laser

Pernah tak anda berangan nak ada robot yang boleh tembak laser?. Seorang mamat di Youtube dengan nama DIY Laser Guy telah mencipta seekor robot labah-labah siap dengan laser


Kalau rumah anda banyak sangat nyamuk atau lalat boleh la cuba buat robot macam ni. Macam scary je aku tengok benda ni. Apa Pon jom layan dulu.