Wednesday, December 4, 2013

Jika Anda Tidak Rasa Gayat Anda Hebat


Pernahkah anda panjat pokok atau tempat yang tinggi selepas itu anda terjun?kalau anda pernah buat anda memang seorang yang hebat kerana berani. Kita akan pergi ke Utah di mana dua orang pendaki dan pernerjun berani mati melakukan terjunan dari tempat yang kita mungkin tak mahu pergi. Hayley Ashburn dan Marshall Miller memanjat puncak Ancient Art di Fisher Towers berhampiran Moab,Utah.


Rakaman dilakukan menggunakan kamera GoPro hero3+. Saksikanlah terjunan maut berani mati,gayatnya...




Gambar Dari Sayuran Yang Sangat Cantik


Anda mungkin pernah layan movie Cloudy With A Chance of Meatballs. Gambar dalam movie tersebut mesti sangat cantik dan macam hidup. Gambar yang anda lihat di sini adalah gambar yang dihasilkan dari makanan yang sebenar. Kalau anda tak percaya jugak jom layan video ini.

                        

Individu yang mencipta gambar ini ialah Carl Warner. Warner berpengalaman dalam menghasilkan karya menggunakan makanan,cahaya dan tekstur untuk dapat gambar benar-benar hidup. Jom layan karya kreatif dia ni dulu ok. Semua cun dan menarik.









Tuesday, December 3, 2013

Iklan Tayar Paling Menakutkan Dan Kreatif

Iklan tayar selalunya mesti tunjuk tayar yang baru dengan teknologi yang hebat tapi iklan dari Jepun lain sikit sebab pelakon utama adalah hantu. Ya hantu berlakon iklan tayar ok.





Iklan ini nak memberi peringatan bahaya jalan ketika musim sejuk tapi ada hantu la pulak. Layan dulu iklan kreatif ini. Sesapa yang ada masalah jantung dinasihatkan tutup bunyi dulu ok. :D

Thursday, November 21, 2013

Jom Layan - Kertas Tisu Bentuk Binatang Yang Menarik dan Cantik


Sekali tengok macam tak percaya pulak animasi ini dibuat daripada tisu. Mata anda tidak salah memang benda itu adalah tisu. Individu kreatif yang mencipta animasi hebat ini adalah Fuyu Arai, dia buat untuk Nepia, sebuah syarikat tisu di Jepun. 

Dalam iklan ini tisu bertukar menjadi macam-macam binatang seperti burung, anjing, kangaroo, katak dll. Animasi yang dihasilkan begitu cantik dan lancar membuatkan anda rasa seperti semua binatang tersebut hidup. Jom kita layan dulu animasi stop motion ini. njoy~





Kawasaki Bina Motorsikal Pelik


Ini bukan motorsikal dari filem Tron atau anime Akira ok. Motorsikal ini direka oleh Kawasaki dengan nama J Three Wheeler Ev yang dipertontonkan di Tokyo Motor Show 2013- rekabentuk yang pelik macam dari masa depan. Ada macam-macam cara untuk tunggang motor pelik ini.Kalau macam ini namanya Sport Mode:


Kalau rasa macam tak best bawak macam tu boleh tukar mode lain pulak. Ini Comfort Mode:



Kalau dah ada sekarang mesti gempak. Kenapa nak tunggu masa depan baru nak jual benda hebat dan gempak macam ini.Apa pun layan dulu.




Wednesday, November 20, 2013

Jepun Buka Loji Solar Terbesar Selepas 2 Tahun Krisis Nuklear

Syarikat elektronik jepun,Kyocera melancarkan loji solar terbesar di negara itu. Loji berkenaan dapat membekalkan elektrik kepada 22,000 rumah dan paling penting tidak ada lagi loji nuklear yang bocor, pekerja yang maut dan kebocoran nuklear ke laut.


Loji yang diberi nama Kagoshima Nanatsujima Mega Solar Power terletak di hujung selatan Jepun, di kawasan di mana selamat dari tsunami atau ribut. Walaupun berdekatan dengan Sakurajima, gunung berapi aktif. Apa pun yang melanda Jepun selepas ini, Nanatsujima tidak akan mendatangkan bencana. Malaysia pun kena pikir dah alternatif power macam ni.



Wednesday, November 13, 2013

Jom Layan - Domino Jatuh-Jatuh

Dulu waktu aku budak mesti layan benda domino ni. Sekarang jom kita layan pakar pulak main benda ini dengan helah-helah yang sempoi.

Dua pakar dari youtube ini menggunakan bahan seperti daun tarup, klip baju dan macam-macam lagi. Apa pon layan sampai habis sebab bagi saya amat susah nak buat benda ini.

Saturday, November 9, 2013

Pasangan Pengantin Pecah Rekod Dunia Dengan 126 Pengapit

Sapa yang pernah berkahwin dan buat majlis bersanding?..Di Malaysia majlis paling mahal pon ada dua orang pengapit saja.Sepasang pengantin di Sri Lanka melangsungkan perkahwinan dengan pengapit seramai 126 orang,satu rekod baru dunia.

Pasangan Nisansala dan Nalin mencatatkan rekod berkenaan pada majlis kahwin mereka dimana rekod sebelum ini seramai 96 orang saja.

Rekod ini adalah impian seorang pereka pengantin dari Sri Lanka iaitu Champi Siriwardana.Kos untuk mencapai rekod berkenaan agak mahal tapi beliau berpuas hati dapat memecah rekod berkenaan.

 Couple have record-breaking 126 bridesmaids



Sri Lanka, bridesmaids



Sri Lanka, bridesmaids


Tuesday, October 29, 2013

Top 10 Struktur Hebat Dari Lego

Kita mesti pernah main set lego untuk bina sesuatu hebat nak tunjuk dengan kawan kita kan.Di sini ada beberapa contoh binaan yang hebat daripada set lego.

1.Lego Chandelier


Seorang lelaki mempunyai impian ingin membina chandelier yang besar tanpa mengeluarkan duit yang banyak.Dengan set lego lutsinar yang banyak dia berjaya membina chandelier yang cukup besar.Chandelier tersebut menggunakan beribu lego.

2. Lego Tower Of Mordor


Seorang lelaki bernama Kevin Walter peminat Lord Of The Rings.Dia telah membina replika Tower of Mordor,pejabat Sauron dalam Lord Of The Rings.Lebih daripada 50 ribu kepingan lego diperlukan dan lebih 3 bulan untuk disiapkan.

3. Lego Saturn V Rocket


Memerlukan lebih dari 120k lego berasingan untuk membentuk roket tersebut dan lebih 250 jam untuk disiapkan.

4. Lego Model F1


Enam belas orang pakar lego diperlukan untuk mereka dan menyambungkan lego ini.Design saja memerlukan 6 bulan,memasang pulak memerlukan 10 hari kerja tanpa henti.Replika ini terlalu terperinci sehingga stempat duduk lego berkenaan muat orang sebenar dan stering juga tepat.

5. Lego Nintendo DSi


Nintendo besar ini menggunakan lebih 50k lego dan berat 255 pound.

6. Lego Jesus


Gereja di Sweden memerlukan 40 orang untuk menciptanya,30 ribu lego didermakan oleh warga gereja.Dan memerlukan 6 bulan untuk disiapkan.

7. Lego Firaun


Dicipta untuk mempromosi satu bahagian baru Legoland yang diberi nama Kingdom of the Pharaoh.Replika setinggi 16 kakidan seberat 1 tan tersebut mengambil masa hampir setahun dan beratus ribu lego diperlukan untuk siap.

8. Lego Rumah


Seorang pereka bersama dengan seribu sukarelawan menolong menyiapkan lego raksasa ini.Sedihnya tiada sesiapa pon yang berminat dengan rumah yang dibina dari 3 juta lego ini.Pada mulanya Legoland ingin mengambil rumah tersebut tetapi disebabkan kos yang terlalu tinggi hajat tersebut dibatalkan.Lego berkenaan dileraikan kemudiannya didermakan.

9. Lego Aicraft Carrier


Seorang perunding IT mengambil keputusan membawa kegilaan hobinya bermain lego ke tahap yang baru,tahap baru di mana beliau telah membina struktur lego yang cukup besar.Beliau telah membina replika pengankut kapal USS Intrepid sepanjang 23 kaki.Seberat 350 pounds dan lebuh dari 300k kepingan lego diperlukan.

10. Lego A380 Airbus


Replika ini dikatakan replika kapal terbang terbesar penah diciptakan.Lego ini diciptakan berdasarkan model kapal terbang Airbus A380,iaitu kapal terbang terbesar buat masa sekarang.Replika tersebut 7 kaki panjang dan 6 kaki lebar.Replika yang boleh terpelah kepada 2 bahagian ini mempunyai bentuk dalaman kapal terbang yang cukup terperinci,dari tangki sampai la kesemua bahagian kapal terbang.Ia memerlukan 75k kepingan lego untuk disiapkan.




Thursday, October 17, 2013

18 Kaki Oarfish Dijumpai Di Selatan Pantai California

Seorang saintis menyelam di sekitar pantai California Selatan ahad lalu terkejut dengan penemuan seekor ikan oarfish atau ikan dayung, seekor ikan laut dalam yang kurang diketahui oleh saintis atau orang biasa.

Jasmin Santana menyelam sedalam 15 meter apabila dia menjumpai ikan tersebut.ikan yang berwarna perak dan mata sebesar separuh dollar tu sedang merenung beliau dari dasar laut.Beliau telah menaik ekor ikan tersebut ke darat apabila mengetahui ikan tersebut telah mati.

14 orang diperlukan untuk membantu beliau mengangkat ikan tersebut ke darat.Ikan yang jarang dijumpai itu kemungkinan besar mati sendiri di situ.Satu penemuan yang menarik.Kalau aku jumpa benda ini kat laut konfirm fobia tak berani main kat laut dah.Takot ooohh....




Tuesday, October 8, 2013

Bahana Asian Giant Hornet ( Tebuan Gergasi )

Empat puluh satu orang mati dan 1600 lagi cedera diserang tebuan di China.Tebuan yang dikenali sebagai Asian Giant Hornet mempunyai 6 millimeter penyengat yang boleh suntik mangsa dengan racun neurotoxin.

Racun berkenaan dapat mencairkan tisu manusia.Seram tengok lengan makcik yang kena sengat dengan tebuan ni.Kalau kat Malaysia tentu dah masuk Metro muka depan. Nasib baik benda ni kat China.




Thursday, October 3, 2013

iPhone : Ujian Kelajuan Semua Model (Speed Tested)

Semua orang tau iPhone memang laju tapi penah tak tengok kesemua 8 iPhone ditest sekali gus.

Video dari youtube ini menunjukkan seorang laki dari EverythingApplePro meletak semua iPhone untuk tunjuk bagaimana kelajuan kesemuanya.Kesemua model ditest perkara biasa seperti membuka handphone ke loading website.

Jom layan best jugak tengok...hehe.


Wednesday, October 2, 2013

Gambar Satelit Pulau Gempa Bumi Pakistan

Sebuah pulau telah muncul berdekatan Bandar Gwadar Pakistan selepas gempa pada Sept 24 yang membunuh lebih daripada 500 orang.

Geologist menamakan pulau berkenaan sebagai Zalzala Koh, mungkin terjadi hasil dari lumpur yang keluar dari dalam laut.Kemungkinan juga hasil dari gas yang terperangkap di dalam bumi tersembur keluar.

Pulau yang hampir sama telah terbentuk pada tahun 2001 dan 1945 selepas gempa bumi yang kuat melanda Pakistan pada tahun tersebut.Tapi selepas itu pulau berkenaan hilang kerana lumpur yang lembut dan tak tahan lama.




Thursday, September 26, 2013

Fakta Menarik (Fun Facts)

Kebanyakkan sekolah di Jepun tiada tukang cuci.Pelajar kena cuci sendiri sekolah.



Monyet Macaques di Jepun belajar mencuri beg tangan dan dompet, ambik duit dan beli makanan dari mesin layan diri.



Jika anda merasa sunyi di Jepun, anda boleh menyewa lelaki Jepun pertengahan umur pada harga $10 sejam



Volkswagen memiliki Bentley,Bugatti,Lamborghini,Audi,Ducati dan Porche.



Di bandar Mackinac Island, Michigan, penggunaan kereta dilarng sejak tahun 1898.


Samsung S4 Emas (Gold Edition Galaxy S4)

Selepas 2 minggu Apple melancarkan Iphone dengan warna champagne.Samsung pula melancarkan phone warna emas Gold Edition Galaxy S4.Dua warna pilihan sahaja, Gold Pink atau Gold Brown.Phone terbaru ini telah dipertontonkan kepada UAE sosial media.Nampak menarik juga pilihan warna baru ni.Tunggu jela Samsung ni sampai ke Malaysia ok.

Monday, September 23, 2013

Jom Tengok Macam Mana Aston Martin Bina 1.7Million One-77

One-77 dilancarkan ketika ekonomi dalam masalah.Tapi Aston berjaya menjual kesemua kereta mereka walaupun dengan tag harga $1,700,000.Documentari dari National Geographic ini menunjukkan bagaimana kereta dihasilkan,dari proses design sampai jadi sebuah kereta.Siap macam mana mereka design bunyi untuk kereta ini.Kalau la aku banyak duit aku pun nak sebijik..haha.








Friday, September 20, 2013

Bandar Hebat Yang Tenggelam Di Dasar Lautan

Tidak ada tamadun atau bandar yang kekal selamanya.Ada diantaranya hancur disebabkan perang atau bencana alam.Paling sedih jika tamadun atau bandar tersebut ditenggelami air.Ini antara tamadun atau bandar dahulu yang ditenggelami atau hancur dek bencana alam.

Alexandria, Egypt, Alexander the Great 331BC
Bandar yang cantik ini termasuk istana yang cantik termasuk Cleopatra's Palace di Pulau Antirhodos dan bandar purba Rhakotis, ditenggelami oleh ombak laut yang besar dan gempa bumi lebih dari 1200 tahun dahulu.





Heracleion(Thonis), Egypt, 8BC 
Runtuhan ini ditemui pada tahun 2000 oleh pasukan IEASM (Institut Europeen D'Archeologie Sous Marine).Sebelum bandar Alexandria wujud,ia merupakan pelabuhan Egypt yang penting.Tenggelam pada 8BC.






Canopus, pinggir timur Alexandria moden
Canopus terkenal dengan tempat Osiris dan Serapis.Dijumpai oleh Prince Toussoun pada 1933.






Batu pelik di bawah laut Pulau Yonaguni Jima, dijumpai oleh penyelam tempatan pada tahun 1986
Adakah ianya 5000 tahun bandar yang tenggelami oleh gempa bumi dengan batu monolithic yang cantik,piramid yang teratur atau batu yang terjadi secara semulajadi? 




Saeftinghe (Saaftinge),selatan Netherlands,dikenali sebagai Drowned Land of Saeftinghe.
Kawasan sekitar bandar hilang ketika All Saint's Flood 1570, dan bandar tersebut tenggelam pada 1584, semasa Eighty Years' War, ketika tentera Dutch terpaksa memusnahkan kawasan bandar tersebut.




Port Royal, Jamaica, dijumpai 1518 dan oleh gempa bumi, tsunami dan api pada 1692
Tempat bercuti bagi golongan kaya English dan Dutch pada 16th century, kemudian menjadi tapak lanun.Tenggelam dalam laut pada tahun 1692, semua bangunan tenggelam terus kedalam laut.


City Of Baiae (Campania)
Kena penyakit malaria pada tahun 1500 ago.Kebanyakan bangunan dibawah air, disebabkan oleh aktiviti gunung berapi.





Pavlopetri, Greece
Bandar yang berusia 5000 tahun ini dijumpai oleh Nicholas Flemming pada tahun 1967, tapi archeologist menjumpai bangunan baru setiap tahun.


Kampung Neolithic Atlim-Yam,Israel
kawasan ini 25-40ft(8-12m) di bawah paras laut berusia diantara 6900 dan 6300BC.Rumah, telaga, dan batu separa bulat seberat 7 tan.Dijumpai juga kubur perempuan dan kanak-kanak dikenali sebagai MTB(tuberculosis).



Lion City(shi Cheng) Tasik Qingdao, China
Bandar tersebut dibanjirkan pada tahun 1959 bagi mencipta tasik buatan untuk Xin'an River Dam Project. 290,000 orang dipindahkan.Shi Cheng dibina semasa Easrtern Han Dynasty.Pada 7th dan 8th tempat tersebut kaya dengan ekonomi,politik dan budaya, sekarang 90 kaki bawah air.





Samabaj, Lost Maya City di Tasik Atitlan, Guetamala,dijumpai oleh Roberto Samayoa Asmus pada 1996





Bezidu Nou
Seluruh kampung termasuk dua gereja lama ditenggelami banjir pada tahun 1988,sejak itu dua hanya satu menara gereja yang kelihatan selama dua dekad.Tempat ini adalah satu daripada banyak kampung musnah pada era-Ceausescu.