Thursday, January 23, 2014

Rekod Pertama Dunia Front Flip Forward Bike Flip

Manusia dengan basikal tak dapat dipisahkan, manusia boleh mencipta macam-macam trick dengan basikal kesayangan mereka. Trick ini boleh dikatakan paling hebat setakat ini sebab berjaya buat mata aku berpusing-pusing macam gasing. Macam mana rider tu boleh mendarat dengan selamat selepas berjaya buat front flip dan forward bike flip dalam satu pusingan? Hebat.


Ryan William, lebih dikenali pakar buat trick dengan scooter, berjaya melakukan rekod pertama dunia front flip, forward bike flip setinggi 50 kaki. Sekali tengok macam tak percaya pulak.

Jom layan video rider yang hebat ni buat.



Carta Visual Negara Paling Banyak Minum Teh

Semua orang suka minum teh kan,tapi tahukah anda negara mana yang mengambil teh paling banyak di dunia?




Minggu lepas Quartz menyiarkan satu peta visual negara yang banyak meminum teh di dunia. Kebanyakkan mengatakan UK paling ramai minum teh tapi salah. Negara paling banyak mengambil teh adalah Turki, lepas tu Ireland lepas tu baru UK. Layan carta kat bawah kalau tak paham, Malaysia pon ada.


Tuesday, January 7, 2014

Pickup Trak Dari Ketulan Ais

Pernah tengok tak trak yang dibuat daripada ais? Ini adalah trak pertama dari ais yang bergerak. Trak ini dibuat daripada 11,000 pounds ais diletakkan di atas rangka trak, siap dengan enjin dan elektrik sistem.




Trak ini bergerak 1.6km dengan kelajuan 20km/h pada 12 Disember 2013.Jom layan macam mana benda ni dibina dan macam mana benda ni cair. Kagum jugak aku tengok diorang ni buat..

Penunggang Gila Terselamat Ketika Cuba Redah Banjir Dengan Motorsikal

Kita boleh katakan dia ni seorang yang tak waras atau bodoh tapi Michael Henao seorang yang  bernasib baik.Dia cuba meredah banjir dengan motorsikal tapi nasib menyebelahi beliau dan selamat.Gila punya orang.


Kalau ada orang berani lepas tu rasa motor dia hebat sangat boleh la cuba redah banjir kat Malaysia ni.Nak Jugak tengok orang Malaysia gila tahap gaban buat macam ni.

Friday, January 3, 2014

Robot Labah-Labah Dengan Laser

Pernah tak anda berangan nak ada robot yang boleh tembak laser?. Seorang mamat di Youtube dengan nama DIY Laser Guy telah mencipta seekor robot labah-labah siap dengan laser


Kalau rumah anda banyak sangat nyamuk atau lalat boleh la cuba buat robot macam ni. Macam scary je aku tengok benda ni. Apa Pon jom layan dulu.